Pengauditan pastikan harta wakaf tidak berkurang
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Hamzah Tohar berkata, proses itu mula dilaksanakan sejak 2011 dan sehingga kini institusi wakaf tersebut mendapat sijil bersih daripada Jabatan Audit Negara.
Ia kerana, apabila aspek hukum syarak diberi keutamaan, maka ketelusan akan terlihat dengan sendirinya.
"Sebab itu dalam menguruskan harta wakaf ini, kita perlu mencari institusi yang berautoriti melaksanakan wakaf, mengutip dan mengagihkan harta wakaf itu kembali, barulah kita akan nampak 'good govenance'," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian edisi ke- 263 bertajuk Wakaf: Kejutkan 'The Sleeping Giant' yang berlangsung secara maya pada malam Selasa.
Menurutnya, aspek 'good governance' juga boleh ditafsirkan apabila sesebuah institusi wakaf itu melantik golongan profesional untuk mengagihkan wakaf kepada perkara yang telah diniatkan oleh pemberi wakaf atau melebarkan lagi ekonomi umat Islam.
"Sebab itulah kita mesti meletakkan bahawa amanah dan telus itu perlu menjadi satu perkara yang penting dalam sesebuah agensi ketika melaksanakan apa juga manfaat wakaf yang telah diwakafkan," katanya.
Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik
Konflik Iran-Israel: Rakyat Malaysia perlu fahami isu di sebalik tabir
NGO perlu terus beri kesedaran kekejaman rejim Zionis
Gencatan senjata: Usah terpedaya dengan 'drama' Amerika Syarikat
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Ada penduduk sempat kutip beras
Pelajar maut rentas desa: Pihak guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman
Puluhan kampit beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah