Peka bantah kelulusan syarikat perlombongan di Tasik Chini

Kawasan seluas 40.51 hektar itu hanya tiga kilometer (km) daripada tasik yang telah dirizabkan sebagai Tapak Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

A
A
A

SHAH ALAM – Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) membantah kelulusan yang telah diberikan kepada syarikat perlombongan di Lot 89798 Mukim Penyor, Pekan kerana boleh mengakibatkan kerosakan di Tasik Chini.

Kawasan seluas 40.51 hektar itu hanya tiga kilometer (km) daripada tasik yang telah dirizabkan sebagai Tapak Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Presidennya, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, Tasik Chini yang dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) beberapa tahun kebelakangan ini bergelut dengan masalah pencemaran perlombongan dan pembalakan.

“Pembalakan hutan dan perlombongan yang masih berlaku hingga kini di kawasan berhampiran Tasik Chini telah mengakibatkan ‘buffer zone’ (zon penampan) yang semakin tipis,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan kerajaan Pahang telah meluluskan kerja perlombongan di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat di sebalik rancangan untuk memulihkannya.

Mengulas lanjut, Shariffa Sabrina mendakwa, pengurusan tasik yang tidak memenuhi standard sedia ada mengakibatkan keburukan kepada tasik dan kawasan persekitarannya.

Beliau berkata, antara masalah yang timbul termasuk kerosakan kualiti air tasik semakin buruk, kehidupan marin dalam air bertambah kurang, gangguan ekologi dan kepupusan biodiversiti.

“Peka Malaysia berpendapat pencemaran dan gangguan ekologi hidrologi yang sedang berlaku boleh membawa kepada bencana alam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memberi contoh pencemaran kawasan tinggi sekitar tasik boleh menyebabkan banjir selain tanah runtuh akibat penggondolan bukit bagi tujuan perlombongan.

Tegasnya, walaupun perlombongan berjarak tiga kilometer dari Tasik Chini, tetapi tetap akan menyumbang kepada ketidakseimbangan alam sekitar setempat.

“Sebelum sebarang perlombongan dimulakan, pokok akan ditebang sekali gus mengakibatkan pelepasan karbon dioksida secara mendadak.

“Kandungan gas oksigen juga akan terganggu,” katanya.