X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Lima ditahan, polis rampas 2,600 biji pil kuda

2,600 biji pil kuda yang dianggarkan seberat 263.2 gram (g) dengan nilai pasaran semasa RM26,000 yang dirampas polis di dua lokasi di Kota Bharu pada Ahad. Gambar kecil: Sheik Azhar
A
A

KOTA BHARU - Polis menahan lima lelaki selepas disyaki mengedar 2,600 pil kuda dalam dua serbuan di Taman Uda Murni dan Badang di sini pada Ahad.

Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu ditahan dalam operasi pada jam 5 petang dan 10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata, pada serbuan pertama, polis menahan tiga lelaki yang menunggang motosikal di tepi jalan dan menemui dadah di dalam raga motosikal dinaiki salah seorang daripada suspek.

Menurutnya, susulan itu, berpandukan tiga suspek tersebut, polis menyerbu sebuah rumah di Badang, di sini.

“Menyedari kehadiran polis, dua lagi suspek lelaki yang ketika itu berada di hadapan rumah mencampakkan satu bungkusan plastik ke tanah.

“Pemeriksaan di dalam plastik tersebut menemukan dadah jenis pil kuda menjadikan rampasan keseluruhannya berjumlah 2,600 biji dianggarkan seberat 263.2 gram (g) dengan nilai pasaran semasa RM 26,000,” katanya dalam satu kenyataan kepada ahkbar pada Isnin.

Beliau berkata, polis membuat sitaan ke atas empat kenderaan iaitu tiga motorsikal jenis Yamaha 125ZR, Yamaha 135LC dan Honda EX5 serta sebuah kereta jenis Proton Persona.

“Turut disita, seutas rantai leher emas berloket jongkong emas kecil bertulis Fine Gold 999.9 Net Wt 1000g.

"Kita mendapati tiga daripada lelaki yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya.

Sheik Azhar berkata, kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum mati mandatori.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!