Padah degil joging di taman

MBSA mengeluarkan sembilan kompaun terhadap individu yang berdegil melakukan aktiviti berjoging di taman awam.
MBSA mengeluarkan sembilan kompaun terhadap individu yang berdegil melakukan aktiviti berjoging di taman awam.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad mengeluarkan sembilan kompaun terhadap individu yang berdegil melakukan aktiviti berjoging di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam dan Taman Tasik Seksyen 14 dalam Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, operasi dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua jam bermula jam 7.30 pagi.

"Lima kompaun dikeluarkan di Taman Tasik Seksyen 7 dan empat di Taman Seksyen 14 Shah Alam.

"Kompaun dikeluarkan di bawah seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan dengan beriadah (joging) di taman awam yang telah ditutup sepanjang PKP 3.0 ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau juga meminta masyarakat sentiasa mematuhi produser operasi standard(SOP) yang ditetapkan.

"Aktiviti joging secara individu hanya di benarkan taman kejiranan di sekitar rumah masing-masing dan tindakan merentasi 10 kilometer radius dan keluar berjoging di taman awam tidak di benarkan sama sekali di bawah SOP PKP 3.0 ini," katanya.

Artikel Berkaitan: