X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Keluarga Diraja Kelantan sudah terima suntikan vaksin Covid-19

Sultan Muhammad V menyeru rakyat Kelantan supaya tidak takut atau ragu-ragu untuk mengambil vaksin Covid-19.
A
A

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan keluarga baginda telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di sini.

Sultan Muhammad V turut disertai adindanya, Tengku Muhammad Fakry Sultan Ismail Petra dan suami kepada adinda bongsu baginda, Tengku Amalin A'ishah Putri iaitu Pengiran Muda Abdul Qawi Pengiran Mohamed Bolkiah.

Menurut kenyataan Unit Media Pejabat Sultan Kelantan pada Sabtu, Sultan Muhammad V menerima suntikan jenis Pfizer di Wad D'Raja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Tengku Muhammad Fakry turut menerima vaksin Covid-19.
Tengku Muhammad Fakry turut menerima vaksin Covid-19.

"Suntikan pertama diterima pada 22 Mac, manakala suntikan kedua pula ialah pada 12 April.

"Selain itu, adinda Sultan, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Che Puan Sofie Louise Johansson juga menerima suntikan pada hari sama di lokasi berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, bonda baginda Sultan iaitu Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Amalin A'ishah Putri pula menerima suntikan masing-masing di Istana Mahkota.

Sultan Muhammad V turut menyeru rakyat supaya tidak takut dan ragu-ragu untuk mengambil vaksinasi masing-masing bagi mencegah penularan pandemik tersebut di negeri ini.

Tengku Anis dan Tengku Amalin A'ishah Putri menerima suntikan masing-masing di Istana Mahkota.
Tengku Anis dan Tengku Amalin A'ishah Putri menerima suntikan masing-masing di Istana Mahkota.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!