Hanya 3.5 tan sehektar minyak sawit berbanding teori 17 tan

sawit
A
A

SHAH ALAM - Pengeluaran purata minyak sawit negara kini hanyalah sekitar 3.5 tan per hektar setahun berbanding teori kawasan seluas sehektar boleh menghasilkan sebanyak 17 tan sawit setahun.

Felo Utama Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Emeritus Dr Jalani Sukaimi berkata, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang ditugaskan sebagai institusi penyelidikan dan ahli akedemik perlu melakukan penyelidikan untuk meningkatkan ilmu dalam sains dan teknologi dalam meningkatkan lagi hasil minyak sawit per hektar.

Menurutnya, Malaysia dan Indonesia juga boleh berkerjasama dalam memastikan usaha bagi meningkatkan hasil tanaman sawit memandangkan dua negara ini merupakan pengeluaran minyak sawit utama di dunia.

“Isu yang menekan kita iaitu sustainability (mampan), kita boleh buat kajian sustainability, kalau Malaysia sahaja buat itu susah, kosnya tinggi dan sebagainya dan mungkin lambat untuk mendapat hasilnya.

“Kita masih perlu mencari ilmu dalam bidang sawit ini, penyelidikan industri sawit pengeluaran dan penggunaan bagi menyerlahkan lebih banyak potensi sawit serta sumbangan keuntungannya pada negara,” katanya sempena Wacana Sinar Ilmuwan bersama Majlis Profesor Negara bertajuk Masa Depan Kelapa Sawit: Perlukan Kerjasama Indonesia-Malaysia di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Teresa kena buli dalam dewan rakyat]

Sebelum ini, gara-gara silap sebut hektar sebagai ekar bagi hasil sawit negara, Menteri Industri Utama, Teresa Kok teruk dibuli di Dewan Rakyat.

Ketika menjawab pertanyaan Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) mencelah berkenaan kenyataan Teresa, kelmarin yang menyebut 1 ekar boleh menghasilkan 12 hingga 15 tan sawit.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia