X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Fama sedia inisiatif bantu peniaga pasarkan durian

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A

GEORGETOWN - Beberapa inisiatif disediakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang bagi membantu golongan peniaga dan pengusaha kebun memasarkan buah durian menjelang musim raja buah itu yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pemangku Pengarah FAMA Pulau Pinang, Mohd Junaidi Raziqin berkata, terdapat beberapa cabang khidmat pemasaran yang disediakan oleh Fama antaranya menyediakan pasar segar terkawal atau Pusat Operasi Perai untuk jualan secara terus.

Menurutnya, raja buah yang dinantikan ramai itu juga boleh didapati melalui portal Agrobazaar.com serta rangkaian outlet dan peruncitan di seluruh Pulau Pinang.

"Daripada pemantauan dilakukan mendapati trend pengeluaran durian semasa di Balik Pulau sedang meningkat dan dijangka akan memuncak pada minggu kedua atau ketiga Jun depan.

"Pemantauan turut dijalankan di peringkat ladang dan pemborong juga mendapati tiada lambakan durian berlaku ketika ini sebaliknya bekalan masih belum mencukupi di pasaran," katanya melalui satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Junaidi berkata, trend pengeluaran durian kini sedang meningkat antara 20 hingga 30 peratus dan dijangka sampai ke puncak dalam tempoh tiga minggu.

Selain itu katanya, bekalan durian dijangka mempunyai pengeluaran sehingga Ogos nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Lambakan raja buah: Peniaga jangka rugi RM80,000

Sinar Harian pada Khamis melaporkan mengenai kebimbangan peniaga durian yang dijangka akan menanggung kerugian kerana masalah pemasaran disebabkan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) ketika ini.

Berikutan total lockdown yang dilaksanakan pada 1 Jun lalu, pemborong buah dari luar Pulau Pinang dilaporkan tidak dapat masuk ke negeri ini berikutan arahan terbaru yang dikeluarkan kerajaan yang menetapkan mereka perlu mendapatkan surat kebenaran untuk merentas negeri.

"Disebabkan itu buah durian tidak dapat dijual namun selepas surat kebenaran dikeluarkan kepada peraih buah di luar Pulau Pinang pada hari berikutnya hasil keluaran durian dapat berjalan seperti biasa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: FAMA nafi berlaku masalah lambakan durian di Pulau Pinang


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!