X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Tol Jalan Duta sesak kerana polis buat pemeriksaan rapi

Rakaman yang tular di media sosial sejak Selasa memaparkan kesesakan di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur disebabkan pemeriksaan rapi polis.
A
A

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya berlaku kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Jalan Duta di media sosial akibat orang ramai pulang ke kampung adalah tidak benar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, video yang tular memaparkan kesesakan di laluan masuk ke pusat bandar sehingga tiga kilometer sebelum laluan ke Plaza Tol Jalan Duta itu dikesan pihaknya pada Selasa.

Menurutnya, hasil semakan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada Isnin dan punca utama kesesakan adalah kerana pemeriksaan rapi yang telah dilakukan oleh pihak polis bagi memastikan orang awam mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Hasil pemeriksaan secara menyeluruh mendapati kenderaan-kenderaan tersebut mempunyai surat kebenaran merentas negeri.

"Selain itu, kesesakan tersebut juga disebabkan orang ramai keluar membuat pelbagai urusan penting sebelum bermulanya 'lock down'," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pada tarikh dan masa tersebut, pemeriksaan yang dilakukan oleh JSPT Kuala Lumpur adalah membabitkan kira-kira 4,536 kenderaan.

Katanya, pihaknya akan terus membuat pemeriksaan secara terperinci bagi memastikan tiada pelanggaran SOP sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh dilaksanakan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis berhampiran," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!