MPV terbakar di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang

Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah kenderaan MPV berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, pada Khamis.
Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah kenderaan MPV berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, pada Khamis.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pemandu kereta jenis pelbagai guna (MPV) terselamat selepas kenderaan dipandunya terbakar dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini, pada Khamis.

Pegawai Operasi Bomba, PBKII Shahrul Munawer Taharem berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian jam 2.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati sebuah kenderaan MPV hangus terbakar dengan peratusan kemusnahan sebanyak 95 peratus.

Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah kenderaan MPV berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, pada Khamis.
Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah kenderaan MPV berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, pada Khamis.

"Ketika kami sampai tiada mangsa terlibat berikutan pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

"Anggota kemudian menjalankan operasi pengawalan serta pemadaman sebelum kebakaran dapat dikawal pada jam 2.37 petang," katanya.

Shahrul Munawer berkata, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.44 petang dan operasi tamat pada jam 3.02 petang.

Katanya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.