Saringan komuniti di Selangor, 3,055 individu disyaki positif Covid-19

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 3,055 individu disyaki positif Covid-19 hasil saringan program Saringan Komuniti Covid-19 yang dianjurkan secara percuma melibatkan 38 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, setakat semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di akaun Facebook @Amirudin Shari berkata, sehingga 1 Jun (semalam), seramai 80,981 rakyat di Selangor telah menyertai Program Saringan Covid-19 secara percuma oleh kerajaan negeri.

"Jumlah ini melebihi sasaran awal iaitu seramai 50,000 individu dan inisiatif ini akan diteruskan di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam,” katanya dalam hantaran itu.

Program anjuran kerajaan Selangor itu mula dilaksanakan pada 8 Mei lepas sehingga 10 Jun dan ia merupakan program saringan percuma melibatkan rakyat di 56 DUN di Selangor. - Bernama

Artikel Berkaitan: