Jepun sedia buka pintu peminat tempatan saksi Sukan Olimpik

Jepun bakal ketatkan peraturan bagi memberi kebenaran kepada penonton hadir saksikan Sukan Olimpik.
Jepun bakal ketatkan peraturan bagi memberi kebenaran kepada penonton hadir saksikan Sukan Olimpik.
A
A
A

KERAJAAN Jepun sedang mempertimbangkan untuk membenarkan peminat tempatan hadir menyaksikan acara Olimpik dan Paralimpik jika mereka menunjukkan bukti vaksinasi atau hasil saringan Covid-19 negatif, lapor Sputnik memetik akhbar The Yomiuri Shimbun.

Ujian saringan perlu dilakukan lebih awal seminggu sebelum menghadiri Olimpik.

Peminat tidak dibenarkan bersorak serta diwajibkan memakai pelitup muka dan melakukan pemeriksaan suhu badan.

Keputusan akhir sama ada penyokong tempatan dibenarkan menghadiri Olimpik Tokyo akan dibuat pada Jun, kata Yomiuri Shimbun.

Sukan Olimpik Tokyo pada awalnya dijadualkan pada 2020 tetapi ditangguhkan ke musim bunga tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.

Ia dijadualkan berlangsung pada musim panas ini, dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Berikutan Covid-19, kerajaan Jepun telah memutuskan untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo tanpa penonton asing.

Semakin ramai mahu Olimpik dibatalkan kerana bimbang pandemik akan mengancam keselamatan awam dan memberi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan negara yang sedang bergelut dengan lonjakan baharu kes Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat sukan tanah air setuju Olimpik Tokyo dibatalkan

Lebih 400,000 sokong Jepun batalkan Olimpik Tokyo

Olimpik Tokyo 2020 boleh berlangsung meskipun darurat Covid-19