Olimpik Tokyo 2020 boleh berlangsung meskipun darurat Covid-19

Sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa ditangguhkan tahun lalu ekoran penularan pandemik Cvid-19 yang melanda seluruh dunia.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa ditangguhkan tahun lalu ekoran penularan pandemik Cvid-19 yang melanda seluruh dunia.
A
A
A

SUKAN Olimpik Tokyo 2020 boleh dilangsungkan pada musim panas ini meskipun dianjurkan ketika darurat kesihatan akibat wabak Covid-19, kata pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates pada Jumaat, lapor Jiji Press.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan pakar menyatakan, pelbagai langkah dipersiapkan bagi menentang wabak itu dan ia dapat memastikan 'kejohanan berlangsung dengan selamat dan terjamin' kata Coates selaku Pengerusi Suruhanjaya Penyelaras (IOC) Olimpik Tokyo.

"Ini adalah dalam keadaan sama ada ia berlangsung sewaktu darurat ataupun tidak," katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat dalam talian dengan jawatankuasa penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo.

Olimpik Tokyo dijadualkan bermula pada 23 Julai selepas tertangguh selama setahun disebabkan krisis Covid-19.

Presiden Jawatankuasa Penganjur, Seiko Hashimoto berkata "dasar kami adalah berusaha mengadakan kejohanan yang selamat dan terjamin, menggabungkan pengetahuan saintifik dan perubatan".

"Kuncinya adalah bagaimana kami dapat melaksanakan langkah pencegahan tanpa memudaratkan sistem perubatan domestik," katanya.

Coates turut berkata, beliau percaya sokongan masyarakat akan bertambah andai penduduk yang sudah mendapat vaksin Covid-19 meningkat di Jepun.

"Meskipun sokongan orang awam tidak meningkat, apa yang boleh dilakukan adalah memastikan kejohanan ini selamat utuk semua peserta dan rakyat Jepun, yang mungkin berhubung rapat dengan peserta," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: