Covid-19: 24 kluster Aidilfitri direkodkan, 850 kes positif

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM – Sebanyak 24 kluster berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga Khamis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatinya, sebanyak 850 kes positif Covid-19 daripada kluster terbabit.

Beliau turut memaklumkan, seramai 3,309 individu menjalani ujian saringan dan kebanyakan kes positif dilaporkan melibatkan individu tidak bergejala.

“Sebanyak 699 kes tidak bergejala telah dikesan berbanding 151 kes untuk yang bergejala.

“Data daripada KKM menunjukkan kluster Aidilfitri paling tinggi direkodkan di Tumpat, Kelantan iaitu 224 kes manakala kluster Aidilfitri Simpang Sahari di Wilayah Persekutuan Labuan pula merekodkan 123 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!