Benarkan suntikan vaksin di klinik, hospital swasta

Tangkap layar saranan Dr Mohamad Khir di Facebooknya pada Jumaat.
Tangkap layar saranan Dr Mohamad Khir di Facebooknya pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyarankan semua klinik dan hospital swasta dibenarkan memberi suntikan vaksin bagi mengelakkan kekalutan kerana ramai yang berebut untuk mendaftar atau menunggu giliran.

Mohd Khir berkongsi pendapat menerusi Facebooknya pada Jumaat supaya kerajaan berunding dengan klinik dan hospital swasta mengenai bayaran yang akan dikenakan nanti.

“Vaksin Covid-19. Apa yang kecoh sangat.

“Sebenarnya kerajaan tak perlu paksa rakyat untuk hadir ke pusat-pusat (Pusat Pemberian Vaksin) yang ditubuhkan, cuma benarkan semua klinik dan hospital swasta turut sama menyuntik vaksin di klinik masing masing.

“Soal bayaran itu boleh di runding dengan pengamal perubatan swasta tersebut," katanya di Facebooknya.

Bagaimanapun katanya, adalah lebih baik jika kerajaan negeri memberi bantuan dengan menanggung kos suntikan tersebut.

Menurutnya, melalui kaedah itu kerajaan dapat berjimat dan mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan vaksin.

“Saya jangkakan kerajaan akan dapat berjimat jika usaha ini dilakukan dengan segera dan rakyat tidak perlu menunggu terlalu lama untuk dapatkan suntikan vaksin tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Menggunakan kemudahan dan kepakaran sedia itu lebih mudah dan efektif dari kaedah sekarang,” katanya.