JKJAV, CITF bincang kompaun individu gagal hadir terima vaksin

Cadangan untuk mengenakan kompaun atau penalti kepada individu yang gagal hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) pada hari suntikan akan diteliti. - Foto Bernama
Cadangan untuk mengenakan kompaun atau penalti kepada individu yang gagal hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) pada hari suntikan akan diteliti. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan membincangkan cadangan untuk mengenakan kompaun atau penalti kepada individu yang gagal hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) pada hari suntikan.

Ia susulan selepas kerajaan negeri Kelantan dan negeri Kedah masing-masing melaporkan lebih 10,000 penerima tidak hadir mendapatkan vaksin pada tarikh yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini pihaknya mempergiatkan usaha untuk memastikan kehadiran penerima vaksin menerusi saluran sedia ada.

"Kaedah penalti dan mewajibkan pengambilan vaksin dilihat sebagai langkah terakhir yang boleh diambil selepas kesemua usaha seperti pendaftaran secara sukarela dilaksanakan sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar secara maya pada Khamis.

Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mendedahkan seramai 10,000 individu gagal hadir untuk menerima suntikan vaksin fasa kedua di 19 PPV.

Perkara sama berlaku di negeri Kedah apabila 10,827 daripada 30,100 individu yang diberi janji temu melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kedah dikesan tidak hadir.

Dalam perkembangan sama, Adham berkata, pihaknya masih menunggu bekalan vaksin vaksin CanSino dan Sputnik V daripada syarikat pengeluar.

"Kita yakin pemberian vaksin akan lebih rancak apabila kita dapat bekalan lebih bermula Jun dan Julai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab dalam pemerolehan vaksin daripada pengeluar.

"Kementerian ada jadual penghantaran daripada AstraZeneca yang diperoleh melalui fasiliti Covax, Comirnaty daripada Pfizer-BioNTech serta CoronaVac yang dikeluarkan Sinovac dan dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeSience," katanya.