Nilai semula kelulusan pembangunan akuakultur Sungai Betul Bawah

Mujahid melakukan tinjauan bersama nelayan-nelayan di Sungai Betul Bawah di Perak pada Jumaat. - Foto Facebook Mujahid
Mujahid melakukan tinjauan bersama nelayan-nelayan di Sungai Betul Bawah di Perak pada Jumaat. - Foto Facebook Mujahid
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Perak perlu menilai semula kelulusan pembangunan akuakultur di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang di Perak dengan mengambil kira bantahan penduduk di situ.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) perlu mempertimbangkan semula kelulusan itu berikutan ia menjejaskan kehidupan nelayan di persisiran pantai.

“Sebagai ahli Parlimen yang selama ini mempertahankan kelestarian hutan kayu bakau di persisiran Bagan Tiang hingga ke Kuala Gula, saya menyeru Menteri Besar dan ahli lembaga pengarah daripada ahli-ahli Yang Berhormat segera mengambil tindakan atas aduan rakyat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mujahid berkata, tinjauan pada Jumaat menunjukkan projek akuakultur sedia ada di kawasan Sungai Betul Bawah sudah mencukupi, malah menimbulkan banyak masalah terhadap masyarakat nelayan.

Beliau mendapat maklumat bahawa SADC Perak meluluskan tanah seluas 80 hektar (200 ekar) kepada koperasi bermodal RM4,000 untuk pembangunan akuakultur.

Mujahid
Mujahid

“Kelulusan ini bertarikh 1 November 2020, manakala koperasi berkenaan didaftarkan pada Jun 2020.

“Kelulusan ini membimbangkan saya dan nelayan pantai di sana kerana ia boleh menjejaskan pendapatan nelayan di hutan bakau kawasan tersebut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, Dasar Lestari kerajaan Negeri Perak di bawah Menteri Besar adalah bagi memastikan hutan kayu bakau dipelihara dan dipulihara untuk keseimbangan ekosistem serta menjadi penampan semula jadi kepada ancaman tsunami.

“Kelulusan tersebut akan menjejaskan segala keperluan untuk memelihara hutan bakau sekelilingnya,” katanya.