Amalan pilih bulu cetus kebencian rakyat terhadap kerajaan

A Kadir Jasin
A Kadir Jasin
A
A
A

SHAH ALAM - Amalan pilih bulu dan kasta 'neo-feudalism' yang berlaku di negara ini ketika ini boleh menyemarakkan semula konflik kelas antara rakyat dan kerajaan seperti masa lampau sekiranya tidak ditangani segera.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berkata, kemarahan rakyat terhadap 'golongan kayangan', 'payung kuning' serta 'dewa dan dewi' kini berada di kemuncaknya.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini dilihat gagal kerana mengamalkan sistem kasta, manakala golongan atasan pula sewenang-wenang mengambil kesempatan terhadap situasi berkenaan.

“Ini dimanifestasikan oleh hukuman berat dan cepat ke atas rakyat biasa yang melanggar undang-undang khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, tetapi melonggar dan melengah-lengahkan tindakan ke atas golongan yang terdiri daripada ahli politik kerajaan, selebriti dan aristokrat.

“Semakin gagal kerajaan, semakin bertambah pula kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap pihak yang dianggap bersekongkol dengannya atau mendapat layanan istimewa daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

A Kadir turut mendakwa golongan ulama dan agamawan yang sebelum ini dihormati kini semakin tidak dipercayai kerana dilihat bersekongkol dengan kerajaan yang tiada keabsahan.

“Apa yang sedang berlaku sekarang mendedahkan ciri-ciri kasta dan kelas yang mendalam dalam masyarakat kita,” kata beliau.

Artikel Berkaitan: