Kenapa rampas telefon bimbit saya: Syed Saddiq

Syed Saddiq meninggalkan IPD Dang Wangi selepas hampir tiga jam memberi keterangan kepada pihak polis. - Foto Twitter amirxabdhadi
Syed Saddiq meninggalkan IPD Dang Wangi selepas hampir tiga jam memberi keterangan kepada pihak polis. - Foto Twitter amirxabdhadi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoal tindakan polis yang merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Sabtu.

Menurut Astro Awani, Syed Saddiq berkata, tindakan itu dilakukan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat akses akaun Instagram dan TikTok kepunyaannya.

Syed Saddiq hadir memberi keterangan selama tiga jam IPD Dang Wangi.

"Saya tidak pasti sama ada merampas telefon bimbit dilakukan secara sah atau tidak, saya serahkan perkara itu kepada peguam. (Soalnya) kenapa nak rampas telefon saya?

"Bagi saya (merampas telefon bimbit) tidak perlu kerana saya secara sukarela membenarkan mereka mengakses akaun saya," kata beliau kepada wartawan ketika ditemui sejurus memberi keterangan.

Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dalam masa sama mendakwa tindakan yang dikenakan terhadapnya itu bermotifkan politik.

Pengasas parti MUDA itu juga memberitahu, beliau disiasat mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Syed Saddiq berkata, beliau sedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan polis berkenaan video yang dimuat naiknya mengenai kematian tahanan, A Ganapathy.

Artikel Berkaitan:

Mendiang Ganapathy disahkan meninggal dunia pada 18 April lalu selepas lebih sebulan dibawa dari IPD Gombak ke Hospital Selayang.