Polis buru lelaki curi tabung derma, telefon bimbit

Tangkap layar berhubung kes tular dipercayai seorang lelaki memecah masuk kedai makan di Pekan Sekinchan pada Rabu. Gambar kecil: Agus Salim
Tangkap layar berhubung kes tular dipercayai seorang lelaki memecah masuk kedai makan di Pekan Sekinchan pada Rabu. Gambar kecil: Agus Salim
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis giat mengesan seorang individu dipercayai terlibat dalam kes curi tabung derma orang ramai dan sebuah telefon bimbit di sebuah kedai makan di Pekan Sekinchan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas menyedari kedai terbabit dipecah masuk.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya membuat pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat seorang lelaki memecah masuk kedai berkenaan.

"Mangsa memeriksa keseluruhan kedai dan dapati telefon bimbit jenis Vivo dan tabung sumbangan orang ramai yang jumlahnya tidak pasti telah hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau memberitahu, polis menggerakkan usaha mengesan suspek terlibat dalam kes itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini tular di Facebook yang meminta orang ramai berhati-hati berikutan kejadian kes curi tabung dan telefon bimbit di kedai makan berkenaan.