Saringan Covid-19 percuma kesan 1,171 individu disyaki positif

Amirudin memuat naik status di Facebook beliau pada Jumaat.
Amirudin memuat naik status di Facebook beliau pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,171 individu berkemungkinan positif Covid-19 selepas melakukan Saringan Komuniti Covid-19 percuma di daerah Gombak dan Hulu Langat sejak 8 Mei lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini sebanyak 14 kawasan di dua daerah itu telah melakukan saringan percuma berkenaan.

Menurutnya, kira-kira 20,000 individu di dua daerah terbabit hadir menjalani Ujian Saringan Covid-19 percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor sehingga Khamis.

"Saringan ini dibuat bagi mengesan kes-kes positif bagi mengelak ‘silent carrier’ dan memutuskan rantaian perebakan," katanya yang memuat naik status di Facebook pada Jumaat.

Amirudin berkata, perlaksanaan saringan Covid-19 percuma antara faktor penyumbang kepada jumlah kes yang tinggi di negeri ini.

"Namun, usaha ini adalah perlu bagi memastikan individu positif tidak menyebarkan virus tanpa disedari," ujarnya.

Artikel Berkaitan: