X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Letupan kereta: Kediaman penduduk flat Kampung Sireh rosak teruk

Che Hanisah menunjukkan bingkai cermin di dapur rumahnya di flat Kampung Sireh, Kota Bharu yang pecah susulan kejadian letupan kereta petang Jumaat.
A
A

KOTA BHARU - "Saya terkejut bila bingkai gambar di dinding jatuh ke atas belakang saya semasa dentuman itu berlaku, sekali gus dengan bunyi kaca yang pecah di dapur," kata salah seorang penduduk flat Kampung Sireh, di sini ketika menceritakan kejadian letupan kenderaan yang berlaku pada petang Jumaat.

Dalam kejadian jam 5.38 petang itu, seorang lelaki maut dan empat lagi cedera apabila enam kenderaan terlibat dalam satu insiden kereta meletup di Simpang Empat Kampung Sireh, di sini.

Bercerita lanjut, Norihen Ariyatular, 42, memberitahu, semasa dentuman tersebut, dia dan anak perempuannya, Siti Nor Hafifi Che Lawi, 12, duduk di ruang tamu untuk menikmati cekodok yang baru digoreng untuk minum petang.

Norihen Ariyatular
Norihen Ariyatular

Katanya, ketika itu semua cermin tingkap rumahnya pecah menyebabkan mereka terkejut dan menjerit ketakutan.

"Anak perempuan saya memberanikan diri menghampiri tingkap kerana dia nampak asap dan percikan bunga api dari arah bawah aras memandangkan rumah kami di aras empat. Dia beritahu ada kereta sedang terbakar.

"Kami tidak sempat menjamah cekodok tersebut dan saya tidak benarkan anak makan sebab risau termasuk serpihan kaca kerana apa yang ada di dalam rumah semuanya bersepah akibat gegaran tersebut.

"Kalau saya masih di dapur masa letupan itu, memang akan terkena pecahan kaca cermin. Saya bersyukur kami berdua selamat.

"Saya hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah dan ini boleh dianggap dentuman biasa saja jika hendak dibandingkan dengan keadaan di Palestin, barulah saya tahu beratnya penderitaan masyarakat Palestin sebab rumah mereka hancur," katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini pada Sabtu.

Barang perhiasan kaca dan kelengkapan rumah penduduk flat Kampung Sireh, Kota Bharu jatuh dan pecah berderai susulan kejadian letupan kereta petang Jumaat.
Barang perhiasan kaca dan kelengkapan rumah penduduk flat Kampung Sireh, Kota Bharu jatuh dan pecah berderai susulan kejadian letupan kereta petang Jumaat.

Norihen mengambil masa lebih lima jam untuk mengemas semula kediamannya kerana hampir 80 peratus barangan di dalam rumahnya terjejas teruk akibat dentuman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, kereta bawa mercun meletup

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Che Hanisah Che Mamat, 66, memberitahu, ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan dia mengambil keputusan untuk ke dapur bagi menyediakan juadah berbuka puasa.

Bagaimanapun katanya, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi dentuman selain laungan Allahuakhbar daripada jiran berdekatan.

"Memang saya tidak tahu apa berlaku sebab saya berada di rumah paling bawah. Saya tidak nampak apa yang berlaku di lokasi walaupun tidak jauh. Cermin tingkap di bahagian dapur pecah berkecai.

Keadaan siling rumah penduduk flat Kampung Sireh, Kota Bharu yang terbuka susulan kejadian letupan kereta yang berlaku petang Jumaat.
Keadaan siling rumah penduduk flat Kampung Sireh, Kota Bharu yang terbuka susulan kejadian letupan kereta yang berlaku petang Jumaat.

"Memang mengejutkan, hati saya berdebar-debar, serba tidak kena, sehinggalah saya didatangi jiran berdekatan memberitahu yang ada kereta terbakar," katanya.

Kedudukan flat yang berada 100 meter dari lokasi kejadian memberi kesan hampir 90 peratus.

Walaupun tidak sampai 50 keluarga yang masih tinggal di flat berkenaan, namun ia tetap memberi impak kepada penduduk terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan untuk membaiki rumah.

Cermin hadapan beberapa unit rumah di flat Kampung Sireh, Kota Bharu yang hanya tinggal bingkai susulan kejadian letupan kereta petang Jumaat.
Cermin hadapan beberapa unit rumah di flat Kampung Sireh, Kota Bharu yang hanya tinggal bingkai susulan kejadian letupan kereta petang Jumaat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!