X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Tiga lelaki didakwa edar ganja

Gambar hiasan
A
A

KANGAR - Tiga lelaki warga tempatan pada Jumaat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 190.9 kilogram.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Shamil Saaddin, 37, Muhamad Shahrul Nizam Shafii, 26, dan Marhafiz Maidinsha, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pelantar nelayan di Kampung Bukit Tok Po, Kuala Perlis kira-kira jam 4 pagi, 13 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh tidak diwaklli peguam. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!