X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu tunggal didakwa 18 pertuduhan tipu pemilik kedai kosmetik

Gambar hiasan
A
A

KUANTAN - Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas 18 pertuduhan menipu pemilik kedai kosmetik berjumlah lebih RM19,000.

[email protected] Mohamad, 41, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Ibu kepada dua anak itu didakwa telah mendorong seorang wanita berusia 25 tahun menyerahkan wang tunai berjumlah antara RM200 dan RM1,700 selain gelang tangan emas bernilai RM2,300 bagi urusan mendapatkan semula wang miliknya daripada seorang individu lain.

Dia dituduh melakukan kesalahan berkenaan di hadapan sebuah kedai di Bukit Setongkol dan di premis pusat beli belah di sini antara 26 April hingga 10 Mei lepas.

Tertuduh yang beralamat di Taman Pandan Damai di sini itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim menawarkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan, bagaimanapun peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohamed Azahari Matiasin memohon jaminan minimum kerana tertuduh memperoleh pendapatan RM50 sehari.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dan menetapkan 8 Jun untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!