Penghuni perempuan dakwa dicabul pengasas rumah kebajikan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penghuni perempuan di sebuah rumah kebajikan di Gombak, Selangor mendakwa dicabul dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam kejadian itu mangsa berusia 17 tahun yang mengalami demam telah mengadu kepada pengasas rumah kebajikan terbabit.

"Suspek kemudian telah mengambil kain basah untuk tuam di badan mangsa.

"Pada mulanya, suspek tuam di kepala mangsa namun bertindak tuam di payudara dan membuka seluar mangsa," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah melarikan diri dari rumah kebajikan terbabit sebelum membuat laporan polis.

Katanya, bertindak hasil laporan dibuat mangsa, polis telah bertindak menahan suspek di rumah kebajikan terbabit untuk tindakan lanjut.

"Siasatan awal setakat ini mendapati hanya remaja perempuan itu yang menjadi mangsa," katanya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Artikel Berkaitan: