Pengarah filem dikompaun RM10,000

No Image Caption
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang pengarah filem Tamil dikompaun RM10,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan penggambaran di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok di sini, pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, tindakan kompaun terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dikeluarkan selepas polis menerima maklumat terdapat aktiviti penggambaran filem pada jam 11.30 pagi.

"Pasukan 'Task Force' SOP PKP dari Balai Polis Bukit Pelandok telah mengeluarkan kompaun terhadap pengarah itu kerana melakukan aktiviti penggambaran filem di tempat bebas dan melanggar garis panduan SOP Majlis Keselamatan Negara(MKN) yang berkuatkuasa mulai 12 Mei lalu.

"Kompaun RM10,000 telah dikeluarkan setelah pihak polis menerima maklumat berkaitan penggambaran filem di kawasan tersebut,"katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, memandang serius sebarang pelanggaran SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh MKN.

Beliau berkata, individu yang dikompaun seharusnya lebih peka dengan SOP yang telah ditetapkan MKN dan penggambaran hanya dibenarkan dibuat di dalam studio sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

"Pasukan Task Force SOP PKP juga akan terus memantau ziarah Aidilfitri dan memastikan SOP MKN dipatuhi sepanjang Aidilfitri ini,"katanya.

Artikel Berkaitan: