Taska, tadika di Sarawak dibenarkan operasi

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUCHING - Semua taska dan tadika di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai Isnin depan dengan syarat perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dipatuhi sebelum, semasa dan selepas kanak-kanak hadir ke premis terbabit.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, setakat 11 Mei, sebanyak 102 permohonan untuk beroperasi diterima daripada tadika swasta melibatkan 286 anak petugas barisan hadapan dan 1,022 anak petugas dalam perkhidmatan penting.

Beliau berkata, kebenaran beroperasi turut diberikan kepada 96 Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) SeDIDIK yang merupakan taska di bawah kerajaan negeri membabitkan 952 kanak-kanak dan 1,087 IPAKK Kemas dengan 3,702 kanak-kanak.

“Selain itu, 176 IPAKK Perpaduan juga dibenarkan beroperasi dengan 155 anak petugas barisan hadapan dan 1,141 anak petugas perkhidmatan penting,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Fatimah berkata, untuk tujuan rekod dan pemantauan, semua pengusaha IPAKK perlu memaklumkan mengenai operasi mereka kepada kementerian melalui Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak menerusi pautan http://bit.ly/maklumatipakk.- Bernama

Artikel Berkaitan: