Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiada kesan pergelutan pada mayat remaja: Polis

Mohd Rahmat menunjukkan lokasi mayat remaja perempuan yang ditemui dalam kebun getah di Pokok Sena pada Selasa.
Mohd Rahmat menunjukkan lokasi mayat remaja perempuan yang ditemui dalam kebun getah di Pokok Sena pada Selasa.
A
A
A

POKOK SENA - Tiada kesan pergelutan atau mempertahankan diri dikesan pada mayat remaja perempuan berusia 17 tahun yang ditemui di kawasan kebun getah Pokok Pauh Dalam, Mukim Lesong di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kecederaan luaran atau dalaman akibat perbuatan jenayah.

"Kita masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia untuk mengesahkan punca sebenar kematian mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Selasa, seorang remaja perempuan, Ooi Phei Xuan, 17, yang menetap di Pekan Air Hitam, Jitra ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kawasan kebun getah.

Pengecaman mayat dilakukan ibu mangsa di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Terdapat kesan kecederaan berukuran 1.5 sentimeter di bahagian paha hadapan kanan mangsa.

Berikutan itu, sembilan individu berusia 13 hingga 33 tahun ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan dan kesemua mereka mengaku bersama mangsa dalam parti persendirian pada malam Ahad hingga pagi Isnin.

Kesemua suspek direman selama enam hari sehingga 18 Mei untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang saksi, Mohd Rahmat Jasni, 15, berkata, dia kebetulan lalu di kawasan itu pada jam 6 petang dan ternampak tiga individu lain sedang melihat sesuatu dalam semak itu.

Mohd Rahmat kemudian memberhentikan motosikal dan mendapati mayat seorang remaja dan terdapat beberapa barang di sisi mangsa termasuk beg tangan, pewangi dan kad bank.

Ketika ditemui mangsa memakai seluar pendek, singlet pendek berwarna gelap dan kasut hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja ditemukan mati selepas sertai parti persendirian