Kes Covid-19 meningkat, Kelantan tambah dua lagi PKRC

Dua PKRC tersebut adalah Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas dan Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah.
Dua PKRC tersebut adalah Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas dan Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan akan menambah dua lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi menampung keperluan pesakit di negeri ini.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob berkata, dua PKRC tersebut adalah Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas dan Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah.

Menurutnya, Dewan KKTM dapat memuatkan 80 katil bertingkat melibatkan pesakit wanita, manakala Dewan Jubli Perak Tanah Merah pula boleh memuatkan 100 katil bertingkat untuk 200 pesakit lelaki.

"Dengan jumlah pesakit yang ada, memang menjadi satu keperluan untuk kita tambah PKRC ini dari masa ke masa.

"Dua PKRC ini akan beroperasi dalam masa terdekat dan dengan pertambahan ini menjadikan 10 PKRC yang sedang berfungsi di negeri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Dr Azman juga memaklumkan katil bujang di tiga PKRC iaitu di Dewan Jubli Perak Kota Bharu, Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa dan Dewan Kompleks Belia dan Sukan, Panji ditukar kepada katil dua tingkat bagi menampung pertambahan pesakit.

Artikel Berkaitan: