Van Dijk perlu buat keputusan

Van Dijk perlu membuat keputusan sama ada mahu beraksi dalam saingan Euro 2020 Jun depan.
Van Dijk perlu membuat keputusan sama ada mahu beraksi dalam saingan Euro 2020 Jun depan.
A
A
A

PENGENDALI pasukan kebangsaan Belanda, Frank de Boer mendesak Virgil van Dijk membuat keputusan sama ada mahu beraksi dalam saingan Euro 2020 yang akan berlangsung pada Jun depan.

Menurut De Boer, dia tahu Van Dijk mungkin berada dalam dilema untuk membuat keputusan namun perlu memutuskan sama ada ingin beraksi atau tidak pada kejohanan itu nanti.

"Saya rasa dia perlu buat keputusan kerana ini adalah kariernya. Saya boleh bayangkan dia dalam dilema tetapi penglibatannya bersama Oranje amat diperlukan. Saya harap dia dapat pulih dengan cepat," katanya.

Tonggak pertahanan Liverpool itu mengalami kecederaan lutut sejak Oktober tahun lalu dan dalam proses untuk pulih daripada kecederaan tersebut.

Sebelum ini, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pernah meminta De Boer supaya tidak merisikokan Van Dijk selepas pemain itu tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif untuk tempoh yang lama.

"Saya rasa Belanda sudah lama berada dalam arena bola sepak ini dan tahu sekiranya seseorang pemain itu boleh bermain atau tidak. Seseorang pemain perlu latihan yang betul beberapa minggu sebelum perlawanan, bukan seminggu sebelum perlawanan.

"Anda tidak boleh selepas 11 bulan tidak berlatih dan tiba-tiba terus mahu beraksi dalam perlawanan kompetitif. Ia sangat mustahil untuk berlaku.

"Saya tahu situasi dan keadaannya. Dia memerlukan beberapa minggu untuk kembali bersedia dan beraksi. Kecederaan yang dialaminya itu sangat teruk. Saya tidak mahu menghalang tetapi anda (Belanda) juga tidak boleh memaksa," kata Klopp.

Artikel Berkaitan: