Staf klinik direman kes doktor gigi jadi mangsa gangguan seksual

No Image Caption
A
A
A

KEMAMAN – Seorang kakitangan sebuah klinik di sini ditahan reman pada Sabtu bagi membantu siasatan kes gangguan seksual melibatkan seorang doktor gigi yang dilaporkan berlaku pada Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 32 tahun yang berstatus duda itu ditahan di rumah keluarganya di Kampung Tanjung Putat, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada jam 2 pagi.

"Pihak polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 31 tahun berhubung dakwaan menerima gangguan seksual oleh suspek.

“Mangsa yang telah berumah tangga turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral oleh suspek ketika dia sedang bertugas jam 5.10 petang pada 7 Disember 2020,” katanya di sini pada Sabtu.

Hanyan berkata, suspek yang juga rakan sekerja mangsa ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa.

"Hasil ujian saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 dan Seksyen 377C akta sama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor gigi dakwa jadi mangsa gangguan seksual

Artikel Berkaitan: