X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor gigi dakwa jadi mangsa gangguan seksual

Seorang doktor gigi di sebuah klinik di sini mendakwa menerima gangguan seksual serta dipaksa melakukan seks oral.
A
A

KEMAMAN - [DIKEMASKINI] Seorang doktor gigi di sebuah klinik di sini mendakwa menerima gangguan seksual serta dipaksa melakukan seks oral.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, wanita berkenaan mengadu menerima gangguan berkenaan ketika sedang bertugas pada 7 Disember 2020.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan, mangsa yang juga merupakan pegawai pergigian mendakwa menerima gangguan seksual ketika sedang bertugas.

"Mangsa turut mendakwa dipaksa melakukan seks oral," katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku jam 5.10 petang ketika mangsa sedang bertugas di klinik berkenaan.

Tambahnya, suspek masih diburu dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 509/ Seksyen 292 Kanun Keseksaan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!