Tangguh perjalanan ke kawasan PKP: JPBN SARAWAK

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menasihatkan orang ramai di Sarawak menangguhkan perjalanan ke kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Dalam kenyataan pada Khamis, JPBN turut memaklumkan bahawa garis panduan prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di beberapa daerah di Sarawak, akan diperketatkan lagi mulai Jumaat.

Menurutnya, SOP yang berkuat kuasa dari 7 hingga 17 Mei itu boleh diakses dan dimuat turun dari laman web: https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpb-2/.

Sarawak pada Khamis merekodkan 391 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33,477 kes, dan terdapat lima kes kematian baharu melibatkan jangkitan itu, menjadikan angka kematian keseluruhan kini berjumlah 195 orang.

JPBN turut memaklumkan PKPD di dua buah rumah panjang iaitu Rumah Mathew di Pakan dan Rumah Dangat di Meradong, ditamatkan memandangkan keputusan saringan kedua Covid-19 di kedua-dua kawasan itu mendapati tiada yang kes positif, atau bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular. - Bernama

Artikel Berkaitan: