X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 24 Oktober 2021

Lima bazar Ramadan Rapid KL ditutup bermula Sabtu

Prasarana mengumumkan penurupan lima lokasi Bazar Ramadan Rapid KL bermula Sabtu ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Lima lokasi bazar Ramadan Rapid KL di bawah kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di sekitar Selangor akan ditutup bermula Sabtu ini.

Prasarana dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, penutupan itu melibatkan bazar di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, LRT Glenmarie, LRT Pandan Indah, LRT Cempaka dan LRT Putra Heights.

Bagaimanapun katanya, bazar Ramadan Rapid KL di Stesen LRT Damai, Kuala Lumpur akan beroperasi seperti biasa mengikut ketetapan dibuat sebelum ini.

"Bazar Ramadan di Stesen LRT Damai terletak di Kuala Lumpur dan akan beroperasi seperti biasa.

"Penutupan ini adalah selaras pengumuman dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah negeri ini," katanya.

Bazar Ramadan Rapid KL sebelum ini memulakan operasi pada 13 April lalu merangkumi enam lokasi di beberapa stesen LRT terpilih.

Begitupun operasi bazar di stesen LRT Cempaka telah ditutup lebih awal iaitu pada 1 Mei lalu berikutan lokasi berkenaan tersenarai dalam kawasan berisiko tinggi menerusi laporan dikeluarkan Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE).

Pada Selasa, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor bermula Khamis (hari ini) sehingga 17 Mei depan.

Daerah-daerah terlibat adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!