Sindiket arak tidak bercukai tumpas

PPM merampas pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai dalam serbuan di sekitar Klang, Selangor pada Selasa.
PPM merampas pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai dalam serbuan di sekitar Klang, Selangor pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Kegiatan pengedaran minuman keras tidak bercukai dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu tumpas selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) di sekitar daerah ini pada Selasa.

Serbuan di Sungai Aur Pelabuhan Klang dan Klang Jaya bermula jam 11 malam itu turut menahan empat anggota sindiket berusia 21 hingga 28 tahun beserta rampasan dua buah kenderaan dan sebuah lori.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kejayaan itu hasil Op Kontraban dijalankan PPM Pelabuhan Klang yang membuat intipan dan pemantauan di kawasan Sungai Aur bersebelahan sebuah restoran makanan laut.

"Anggota PPM telah mengesan kenderaan jenis Toyota Estima dan van jenis Hiace yang mencurigakan keluar dari kawasan berpagar di lokasi terbabit.

"Pasukan serbuan kemudian telah mengekori dua kenderaan terbabit sebelum berjaya menahan empat lelaki disyaki ahli sindiket," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

PPM merampas pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai dalam serbuan di sekitar Klang, Selangor pada Selasa.
PPM merampas pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai dalam serbuan di sekitar Klang, Selangor pada Selasa.

Beliau berkata, turut ditemui pelbagai jenis minuman keras di dalam kenderaan terbabit.

Dalam pada itu, pemeriksaan lanjut PPM di kawasan berpagar tempat dua kenderaan itu keluar menemui pelbagai jenis minuman keras di dalam sebuah lori tujuh tan jenis Hino.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan mendapati minuman keras itu tidak mempunyai pelekat hologram Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Keseluruhan arak tidak bercukai yang dirampas adalah sebanyak 207 karton dengan nilai RM159,636 termasuk cukai.

"Minuman keras itu dipercayai untuk pasaran daerah ini dengan sindiket baharu aktif sebulan lalu," ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.