Pintas Utama kongsi nikmat Ramadan dengan golongan memerlukan

Ir Zainudin Karjan, Pengerusi Eksekutif Pintas Utama menyerahkan zakat perniagaan kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Ir Zainudin Karjan, Pengerusi Eksekutif Pintas Utama menyerahkan zakat perniagaan kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah. Amalan ini sewajarnya dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kerana Allah menjanjikan bagi setiap amal soleh itu akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.

Baru-baru ini, syarikat Pintas Utama Sdn Bhd yang menyediakan kepakaran kejuruteraan awam untuk kerja-kerja pembinaan jalan, cerun, kerja berkaitan tanah dan pembentungan telah menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada Lembaga Zakat Selangor pada 28 April 2021.

Penyerahan zakat itu diserahkan oleh Pengerusi Eksekutif Pintas Utama, Tan Sri Ir Zainudin Karjan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Penyerahan zakat ini juga membuktikan komitmen Pintas Utama sebagai sebuah syarikat yang menggalakkan syiar Islam kerana menyedari akan hikmahnya pada masa akan datang.

“Selain itu ia menunjukkan antara elemen keberkatan rezeki berdasarkan kejayaan syarikat dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan cerun,” kata Ir Zainudin.

Selesai majlis serahan zakat, Sultan Selangor kemudian meluangkan masa mencemar duli berbuka bersama-sama di masjid itu.

Baginda turut menunaikan solat fardu Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah sebelum keberangkatan pulang selepas menikmati santapan selesai solat tarawih.

Meskipun mendepani cabaran pandemik ketika ini, amalan sedekah tidak seharusnya diputuskan begitu sahaja.

Artikel Berkaitan:

Sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini, semua kerja amal dan sumbangan akan dijalankan melalui Yayasan Pintas Utama (YPU).

Antara sumbangan berbentuk barangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim dan asnaf.
Antara sumbangan berbentuk barangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim dan asnaf.

Ir Zainudin berkata, program Infaq Ramadan yang dilaksanakan itu sebagai salah satu usaha dalam menggalakkan semangat bersedekah terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Bagi program ini, Pintas Utama menghulurkan sumbangan wang tunai kepada lima rumah kebajikan yang terpilih melibatkan empat zon di Semenanjung Malaysia.

“Selain itu, kami memberikan pelbagai barangan keperluan seperti set cadar, tuala mandi, beg sekolah dan variasi makanan serta minuman,” katanya.

Jelas beliau, bantuan wang tunai dan barang keperluan itu sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan kepada penghuni-penghuni rumah kebajikan tersebut selain bersama-sama meraikan kenikmatan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

Kata Ir Zainudin, tambahan pula, dalam tempoh yang cukup mencabar ini, rumah-rumah kebajikan ini juga berdepan pelbagai kekangan dan ia menjadi tanggungjawab Pintas Utama untuk membantu meringankan bebanan selain menzahirkan kasih sayang serta mengeratkan jalinan silaturrahim dengan masyarakat kurang berkemampuan.

“Menerusi program ini, ia membantu menggalakkan penglibatan menyeluruh daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, (JKR), persatuan dan pertubuhan serta individu bagi menginfakkan sumbangan dalam bentuk barangan, tenaga, masa dan kepakaran.

“Bagaimanapun, program-program tanggungjawab sosial korporat seperti ini tidak akan terhenti setakat itu sahaja kerana Pintas Utama komited untuk berkongsi rezeki bagi memastikan tiada insan-insan kurang berkemampuan tercicir dalam kerja-kerja amal yang dilaksanakan YPU,” katanya.

Selain itu, Pintas Utama juga tidak ketinggalan menjalinkan hubungan lebih akrab dengan pihak JKR Daerah di luar pada luar waktu bekerja bagi bersama-sama memupuk semangat bertimbang rasa dan menjadi warga prihatin terhadap komuniti dan organisasi di Malaysia.

Wakil JKR Negeri Pulau Pinang, wakil JKR Daerah Timur Laut dan wakil JKR Daerah Barat Daya bersama wakil Pintas Utama menyampaikan sumbangan kepada Pengasas Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Wakil JKR Negeri Pulau Pinang, wakil JKR Daerah Timur Laut dan wakil JKR Daerah Barat Daya bersama wakil Pintas Utama menyampaikan sumbangan kepada Pengasas Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Program pertama Infaq Ramadan Pintas Utama dimulakan dengan Pertubuhan Dar Asnaf Alfateeh Alidrisiah di Gombak, Selangor pada 19 April lalu. Majlis itu dihadiri oleh wakil JKR Daerah Gombak dan wakil Pintas Utama Zon Tengah. Wakil Pintas Utama dan wakil JKR turut melawat kawasan persekitaran dan akan membantu dalam khidmat nasihat keselamatan dan infrastruktur rumah kebajikan ini.

Program kedua kemudiannya mengadakan sesi ziarah di zon selatan dengan memilih Pertubuhan Anak-Anak Harapan di Melaka pada 22 April. Majlis itu dihadiri wakil JKR Melaka, wakil JKR Daerah Alor Gajah, Melaka dan wakil Pintas Utama Zon Selatan. Pertubuhan Anak-Anak Harapan ini terdiri dari 30 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia di antara empat hingga enam tahun.

Pada 28 April pula, Infaq Ramadan Pintas Utama memilih Pusat jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Balik Pulau, Pulau Pinang yang dihadiri wakil JKR Pulau Pinang, wakil JKR Daerah Barat Daya, wakil JKR Daerah Tmur Laut dan wakil Pintas Utama Zon Utara. Pusat ini menempatkan anak-anak yatim serta asnaf, di asaskan oleh Ustazah Rohani yang diselia bersama dua orang pembantu. Mereka bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kebajikan anak-anak ni.

Seterusnya, program Infaq Ramadan diteruskan pada 3 Mei 2021 di zon pantai timur melibatkan dua buah rumah kebajikan di Kemaman, Terengganu iaitu Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah, Taman Perdana Binjai dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Huzai, Kampung Jong Belaboh, Kemamam yang dihadiri wakil JKR Kemaman dan wakil Pintas Utama Zon Timur.

Menerusi kerja-kerja kebajikan ini, Pintas Utama bukan sahaja memberikan inspirasi dalam pembinaan atau penambahbaikan cerun-cerun di Malaysia tetapi mencipta aspirasi dengan menyantuni golongan memerlukan sepanjang masa.

Justeru, Pintas Utama sentiasa bersedia untuk menyokong usaha-usaha kerajaan dan pihak-pihak lain yang mahu menggalakkan aktiviti kebajikan bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi bulan-bulan lain.

Kerja-kerja amal seperti ini wajar dilaksanakan secara berterusan kerana manfaatnya cukup besar malah ia membuktikan tiada perbezaan jurang dalam kalangan masyarakat.