Kantoi tak puasa, lari lintang pukang 'disergah' penguat kuasa

Tiga individu lari lintang pukang selepas 'disergah' penguat kuasa JAIM di MITC, Melaka pada Selasa.
Tiga individu lari lintang pukang selepas 'disergah' penguat kuasa JAIM di MITC, Melaka pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Tiga individu tidak berpuasa yang berada di sebuah kedai makan termasuk seorang yang sedang mencedok lauk lari lintang pukang selepas 'disergah' penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Ops Ramadan di MITC, Ayer Keroh di sini pada Selasa.

Dua daripada mereka bergegas melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi manakala seorang lelaki yang datang menunggang motosikal sanggup meninggalkan motosikal di hadapan kedai dan berlari menyelamatkan diri dengan memakai topi keledar.

Malah air yang telah siap dibungkus juga tidak sempat dilarikan dan ditinggalkan di dapur kedai itu yang didapati tidak serik menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa.

Selain itu, dalam satu serbuan berasingan di Taman Mutiara Melaka Baru, seorang lelaki yang memegang tiga bungkus nasi campur memberi alasan dia membeli makanan untuk pekerjanya warga Bangladesh.

Dia yang menetap di Kuala Lumpur mengakui merentasi negeri untuk melakukan kerja-kerja membaiki alat pendingin udara di negeri ini sebelum ke kedai makan tersebut.

Sementara itu, Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, JAIM mengeluarkan dua surat perintah hadir kepada individu berkenaan dan pemilik restoran yang didapati bersubahat menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa.

Menurutnya, operasi berkenaan antara 32 serbuan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini membabitkan 399 premis.

Seorang lelaki tidak segan mneceduk dan membungkus makanan sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta selepas menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM di sebuah kedai makan di MITC, di sini, pada Selasa.
Seorang lelaki tidak segan mneceduk dan membungkus makanan sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta selepas menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM di sebuah kedai makan di MITC, di sini, pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, daripada jumlah itu, 39 kes ponteng puasa berjaya dikesan membabitkan 29 kes di daerah Melaka Tengah dan masing-masing tiga dan tujuh kes di daerah Alor Gajah dan Jasin.

"Kebanyakan kes yang dikesan membabitkan pembelian makanan di kedai makan iaitu sebanyak 12 kes, selain kita turut menahan tiga individu yang sedang makan dan minum di kedai serta 10 individu yang sedang merokok," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 49, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam operasi itu juga, pihaknya mengesan beberapa premis di daerah ini menjual makanan kepada orang tidak berpuasa menggunakan kaedah pandu lalu.

Menurutnya, JAIM akan terus menjalankan pemantauan dan rondaan secara berterusan biarpun hampir berakhir Ramadan terutama membabitkan lokasi-lokasi panas yang menjadi tumpuan umat Islam tidak berpuasa.

"Kita mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya terus memelihara kesucian agama Islam dan tidak mencemar bulan yang mulia ini dengan perkara sebegini," katanya.