X

Kindly register in order to view this article
!

Padah merempit selepas berbuka

Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Selasa atas kesalahan menunggang motosikal secara bahaya dalam kejadian di LPT2 pada 30 April lalu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa atas kesalahan menunggang motosikal secara bahaya dengan membuat lagak 'superman' di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) pada 30 April lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh berusia lingkungan 21 hingga 28 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan dihadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, tiga lelaki terbabit di dakwa melakukan aksi menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya serta membuat aksi 'superman, di laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Aksi itu dipercayai dilakukan selepas waktu berbuka puasa jam 9.15 malam pada 30 April lalu sebelum mereka ditahan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu pada hari sama.

Ketiga-tiga lelaki terbabit sebelum ini direman selama empat hari bermula 1 Mei 2021 selepas ditahan di sebuah stesen minyak kira-kira jam 9.55 malam.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Pendakwaan bagi kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Chia Bih Huah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!