X

Kindly register in order to view this article
!

Gagal seludup mercun untuk pasaran gelap Terengganu, Kelantan

Tindakan seorang lelaki untuk menyeludup pelbagai jenis mercun gagal apabila dia dicekup polis di Kampung Siram, Rantau Panjang.
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki gagal menyeludup pelbagai jenis mercun dianggarkan berjumlah RM30,000 apabila dicekup polis di Kampung Siram, Rantau Panjang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, rampasan dilakukan selepas polis menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957.

"Siasatan awal mendapati kesemua mercun yang dirampas diseludup dari negara jiran untuk pasaran gelap sekitar Kelantan dan Terengganu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Nasaruddin berkata, pada hari yang sama polis turut merampas beras seludup bernilai RM25,000 berhampiran susur masuk ke Jambatan Tendong selepas mengesan sebuah van yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Bunut Susu.

"Polis cuba mengekori sehingga sampai ke susur naik Jambatan Tendong menghala ke Kota Bharu.

"Bagaimanapun polis menjumpai van tersebut di bahu jalan tanpa pemandu," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!