X

Kindly register in order to view this article
!

PGA rampas mercun lebih RM500,000

PGA merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM500,000 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Tangkas Kajang, Selangor pada Isnin.
A
A

KAJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM500,000 dalam serbuan di sebuah premis di Taman Universiti, Sungai Tangkas Kajang, di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, operasi kira-kira jam 4 petang oleh sepasukan anggota Batalion 4 PGA Semenyih itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.

"Sebanyak 451 kotak berisi pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM507,700 telah dirampas kerana tidak disenaraikan dalam senarai yang diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini.

"Turut dirampas beberapa unit telefon bimbit untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebanyak 451 kotak berisi pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM507,700 dirampas kerana tidak disenaraikan dalam senarai yang diluluskan KDN dan PDRM.
Sebanyak 451 kotak berisi pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM507,700 dirampas kerana tidak disenaraikan dalam senarai yang diluluskan KDN dan PDRM.

Beliau berkata, pihaknya percaya tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyimpanan dan pengedaran mercun di sekitar Lembah Klang.

Katanya, kesemua rampasan dan suspek yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207)," katanya.

Rizal berkata, pihaknya menyeru agar masyarakat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!