X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu pejabat MBSJ ditutup, 11 kakitangan positif Covid-19

Ibu pejabat MBSJ ditutup bermula Isnin bagi tujuan disinfeksi.
A
A

SHAH ALAM - Ibu pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ditutup pada Isnin berikutan 11 kakitangan di situ disahkan positif Covid-19.

Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan berkata, kakitangan terbabit disahkan positif wabak berkenaan selepas menjalani proses saringan Covid-19 sebelum ini.

Berikutan itu, katanya, semua kontak rapat telah diarahkan untuk melakukan ujian saringan dan menjalani kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Bangunan ibu pejabat ini ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi dilakukan MBSJ.

"Kaunter perkhidmatan pula akan ditutup selama 14 hari bermula 3 hingga 14 Mei bagi tujuan disinfeksi sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad.

Noraini berkata, orang awam dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian atau menerusi mesin kios disediakan sepanjang penutupan tersebut.

"MBSJ juga memohon maaf atas sebarang kesulitan susulan daripada penutupan ini.

"Orang awam juga diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membendung penularan wabak ini," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!