Terengganu catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi

Nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 1.11 pada Ahad. (Gambar hiasan - Foto Bernama)
Nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 1.11 pada Ahad. (Gambar hiasan - Foto Bernama)
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 1.11 pada Ahad berbanding 1.10 pada hari sebelumnya.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi adalah Terengganu dengan 1.66

Turut merekodkan kadar kebolehjangkitan tinggi melebihi angka 1.0 adalah Kelantan, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Angka tinggi melebihi 1.0 juga direkodkan di Johor, Melaka, Perak, Putrajaya, Sarawak dan Pulau Pinang.

Sementara Sabah dan Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81, iaitu pada 3 Mac lalu, manakala, yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.