Manchester City terus lebarkan jurang mata

Aguero (tengah) meraikan jaringan bersama pemain City lain semasa menentang Crystal Palace di Selhurst Park hari ini.
Aguero (tengah) meraikan jaringan bersama pemain City lain semasa menentang Crystal Palace di Selhurst Park hari ini.
A
A
A

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City semakin menghampiri kejuaraan liga selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 pada perlawanan di Selhurst Park malam ini.

Tiga mata yang diperoleh anak buah Pep Guardiola itu secara tidak langsung memperkukuhkan cengkaman takhta liga dengan 80 mata selepas mengharungi 34 perlawanan, iaitu satu perlawanan mengatasi Manchester United yang berada pada kedudukan kedua dengan 67 mata.

Biarpun begitu, The Citizens terpaksa menunggu babak kedua untuk merobek gawang The Eagles kendalian Hodgson Roy hasil jaringan Sergio Aguero pada minit ke-57 dan Ferran Torres (59').

The Citizens kini mendahului liga dengan kelebihan 13 mata ke atas The Red Devils akan bergelar juara sekiranya anak buah Ole Gunnar Solskjær gagal mengutip mata ketika melayan kunjungan penyandang juara Liverpool di Old Trafford malam esok.

Namun sekiranya skuad bimbingan Jurgen Klopp tersebut menjinakkan United di laman keramat lawan itu, anak buah Pep Guardiola berkenaan akan mengesahkan kejuaraan liga ketika saingan berbaki empat perlawanan.

The Citizens akan meneruskan pemburuan kejuaraan Eropah pada Selasa apabila melayan kunjungan gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) pada separuh akhir kedua saingan Liga Juara-juara.

Dalam perlawanan pertama di Parc des Princes pada 29 April lalu, pelawat mengejutkan tuan rumah apabila bangkit babak kedua setelah ketinggalan satu gol untuk menjinakkan skuad kendalian Mauricio Pochettino 2-1.

Artikel Berkaitan: