Segera tubuh RCI siasat dakwaan KPN

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan digesa untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pelbagai dakwaan yang dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador termasuk isu 'katak' yang dikaitkan dengan rasuah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, RCI perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah agensi penguat kuasa paling penting dan kritikal untuk negara.

Katanya, PDRM mesti didokong kuat oleh pegawai yang profesional dan berintegriti bagi memastikan keadilan serta keselamatan terjamin.

"Tan Sri (Abdul) Hamid Bador membuat dakwaan terbuka dan mendakwa (Datuk Seri) Hamzah Zainudin (Menteri Dalam Negeri) campur tangan dalam kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai yang bermasalah.

"Dia juga buat banyak dakwaan lain, termasuk isu katak yang dikaitkan dengan rasuah.

"Hamzah Zainuddin pula tidak menafikan audio mirip suara beliau adalah tulen. Isu pokok yang perlu diselesaikan ialah tuduhan IGP (Ketua Polis Negara) dan butiran dalam audio tersebut," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Sabtu.

Tegas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu, apabila Ketua Polis Negara mendakwa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari oleh unsur politik, maka kredibiliti PDRM telah tercemar.

"Apa maksud Hamid Bador: Bahaya sekarang ini. Dia (Hamzah) bawa mesin pengorek buat jalan baru ke?

Artikel Berkaitan:

"Apa yang bahaya? Segerakan RCI, segerakan sidang parlimen," katanya.