Peniaga dikenakan kompaun boleh kemuka rayuan kepada KKM

Shafien Mamat - Foto Bernama
Shafien Mamat - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU – Polis Kelantan menyarankan peniaga atau pemilik premis yang dikenakan kompaun sebelum ini membuat rayuan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri untuk mendapatkan kadar pengurangan kompaun mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Ketua Polis, Datuk Shafien Mamat berkata, merujuk kepada kompaun tiga peniaga yang tular di negeri ini, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah memaklumkan kesemua pemilik premis itu akan dipertimbangkan kadar kompaun.

“Satu perbincangan telah dijalankan membabitkan Polis Kelantan dan JKNK pada Rabu dan polis akan mengambil tindakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan peraturan di bawahnya.

“JKNK pula mempunyai bidang kuasa untuk menawarkan kadar pengurangan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiga peniaga kena kompaun kemuka rayuan

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sejak minggu lalu, rakyat dikejutkan dengan berita kompaun yang dikenakan kepada tiga peniaga sehingga RM50,000.

Penularan mengenai berita kompaun tersebut mendapat liputan meluas, tidak kurang juga kritikan daripada netizen yang masing-masing mengutarakan pendapat yang berbeza.

Bagaimanapun, Shafien dalam kenyataan yang sama turut menasihatkan masyarakat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kompaun RM50,000 bukan 'hukuman mati', boleh rayu: KPN

Peniaga burger terkilan dikompaun RM50,000

Peniaga colek pula dikompaun RM50,000

'Saya kena berhutang untuk bayar kompaun RM50,000 itu'