X

Kindly register in order to view this article
!

KJ setuju petugas media diberi vaksin mula Mei: NUJM

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) memaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah menyatakan persetujuan agar petugas media diberikan vaksin bermula Mei ini.

Presiden NUJM, Farah Marshita Abdul Patah berkata, adalah wajar pengamal media mendapat suntikan vaksin dengan kadar segera dalam situasi negara masih bergelut dengan penularan wabak Covid-19 ditambah dengan peningkatan kes baharu setiap hari.

"Untuk makluman, pihak NUJM sejak Februari lalu sudah menghubungi wakil dari pelbagai agensi media bagi mendapatkan bilangan petugas media di organisasi masing-masing.

"Sehubungan itu, senarai 1,500 petugas media yang diserahkan kepada pihak kementerian bukan hanya membabitkan ahli NUJM, namun ia turut merangkumi majoriti organisasi media di Malaysia.

"Selain ahli NUJM, turut tersenarai adalah media di Sarawak dan Sabah, agensi media antarabangsa, kumpulan Utusan, Sinar Harian, kumpulan surat khabar Cina, Astro Awani, Malaysia Nanban, Malay Mail, portal dalam talian antaranya Malaysiakini, FMT, Getaran dan TMI serta beberapa agensi lain," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, usaha untuk meletakkan semua petugas media di bawah satu senarai merupakan sebahagian daripada tugas NUJM bagi memastikan hak media diperjuangkan secara sama rata, tanpa mengira keahlian mahupun organisasi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!