Kompaun Masjid Sri Maulana: JKNP ikut garis panduan sedia ada

Dr Bahari
Dr Bahari
A
A
A

KUANTAN- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mempertahankan tindakan pegawainya berhubung kompaun terhadap Masjid Sri Maulana, Pekan pada Selasa lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, pegawai berkenaan telah menjalankan tugas mengikut garis panduan dan tatacara sedia ada.

Menurutnya, pegawai itu juga telah menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh hemah dan sempurna.

"Sebarang usaha memperkecilkan tindakan dan prosedur tersebut boleh diertikan sebagai mencabar peruntukkan undang-undang yang diwartakan,"katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan pada Rabu sebagai maklum balas terhadap mesej kurang tepat yang tersebar berkisar di media sosial berkaitan isu itu.

Dr Bahari berkata, pihak JKNP telah membuat laporan polis berhubung perkara itu untuk tindakan lanjut.

Masjid Sri Maulana dikompaun RM10,000 selepas didapati gagal menyediakan ​pengimbas bar kod MySejahtera dan buku pendaftaran jemaah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Notis kompaun terhadap masjid itu tular di laman sosial sebelum ini sehingga mendapat perhatian netizen dan ramai yang kurang berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kompaun tersebut telah dijelaskan dengan pengurangan 50 peratus dan ia disahkan Dr Bahari ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid Sri Maulana sah bayar kompaun RM5,000