Padah tebang pokok tanpa lesen

Tertuduh, Foo Che Chean, 40, dikenakan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana menebang pokok dalam hutan tanpa lesen.
Tertuduh, Foo Che Chean, 40, dikenakan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana menebang pokok dalam hutan tanpa lesen.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Tindakan berani seorang buruh menebang pokok dalam hutan tanpa lesen mengundang padah apabila dijatuhi hukuman denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Tertuduh, Foo Che Chean, 40, yang berasal dari Dungun, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 81 (2) (b) dan Seksyen 47 (4) Akta Perhutanan Negara 1984.

Mengikut pertuduhan pertama, Foo yang juga bapa kepada tiga anak didakwa menebang lima pokok jenis kapur dengan panjang 7.4 meter tanpa lesen sah kira-kira jam 8.30 pagi pada 4 Jun tahun lalu.

Dia yang berpakaian serba hitam dituduh melakukan kesalahan itu di dalam Kompartmen 31, Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun dan didakwa mengikut Seksyen 81 (2) (b) Akta Perhutanan Negara 1984.

Dengan itu dia dikenakan hukuman denda RM10,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda bagi kesalahan berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 47 (4) akta sama, Che Chean didakwa memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartmen 31, Hutan Simpan Bukit Bauk tanpa memiliki lesen atau permit pada tarikh dan waktu sama.

Bagi kesalahan itu, dia dikenakan hukuman denda RM2,000 dan penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda bagi kesalahan itu.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan, Kaiyisah Shukri, di hadapan Hakim Azman Mustapha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.