Sila log masuk terlebih dahulu.

Peniaga dihukum denda RM120,000 jual diesel tanpa lesen

A
A
A

BERITA SEMASA 29 MEI 2023

Seorang peniaga dikenakan hukuman denda RM120,000 di Mahkamah Seksyen 1 Sungai Petani, Kedah setelah mengaku salah menjalankan perniagaan diesel tanpa kebenaran di Sungai Lalang, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Lim Soon Ping, dari Bedong, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Roslan Hamid sebaik sahaja pertuduhan dibacakan dalam loghat Hokkien.

Jika gagal bayar, mahkamah mengarahkan tertuduh dihukum penjara selama enam bulan selain hasil jualan diesel yang dirampas bernilai RM60,200 dan dua buah lori diserah dan dilucut hak kepada kerajaan.

Artikel: https://t.ly/yUcP

Muzik: Elevate dari www.bensound.com