Anggota polis positif dadah ditahan cabul wanita

Ahmad Shukri Mat Akhir
Ahmad Shukri Mat Akhir
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan kerana disyaki mencabul seorang wanita berusia 29 tahun dalam kejadian yang berlaku pada Ahad.

Sumber berkata, anggota polis berusia 20 tahun itu ditahan pada Isnin selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurutnya, tangkapan dilakukan di pekarangan Balai Polis Kepala Batas, tempat anggota terbabit bertugas pada jam 2.45 pagi Isnin.

"Suspek turut menyamun wang milik mangsa dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang, Ahad ketika wanita terbabit berada di dalam keretanya di kawasan meletak kenderaan di Jalan Putra.

"Mangsa didatangi suspek yang menunjukkan kad menyerupai kad kuasa polis dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Bukit Aman," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian masuk ke dalam kereta lalu duduk di bahagian penumpang dan didakwa turut mengambil wang tunai RM1,500 dari beg wanita berkenaan.

"Selepas itu, suspek dikatakan dengan sengaja menyentuh dada dan paha wanita itu," katanya.

Sumber itu berkata, suspek masih bujang dan bertugas sebagai anggota polis sejak dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sebelum keluar dari kenderaan tersebut, suspek dikatakan menyentuh wajah mangsa dan memintanya menjaga diri sebelum keluar dari kenderaan terbabit.

"Wanita itu sempat merakam video suspek ketika keluar dari keretanya.

Ujian urin terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine, " katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek namun enggan mengulas lanjut.

"Suspek direman selama empat hari sehingga 29 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 354 Kanun Keseksaan," katanya.