Kuasa membeli guna i-Sinar

Permintaan terhadap kereta terpakai sejak Februari lalu sangat memberangsangkan.
Permintaan terhadap kereta terpakai sejak Februari lalu sangat memberangsangkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jualan kereta terpakai didakwa kembali meningkat sebagaimana sebelum berlakunya pandemik Covid-19.

Salah satu faktornya ialah wujudnya kuasa beli apabila kerajaan membenarkan kemudahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Lestari dan i-Sinar.

Perkara itu dikongsikan salah seorang penjual dan pembeli kereta terpakai di ibu negara, Khairil Anwar Jaafar, 42, yang mendapati permintaan terhadap kereta terpakai sejak Februari lalu sangat memberangsangkan.

Menurutnya, terdapat pelbagai kemungkinan faktor peningkatan jualan kereta terpakai, namun pengeluaran wang KWSP menerusi i-Lestari dan i-Sinar adalah faktor yang tidak dapat diketepikan.

“Sejak bulan Februari sehingga bulan ini, jualan kereta terpakai agak pantas. Saya sendiri dapat jual 12 hingga 20 buah kereta sebulan. Jumlah itu sama ketika sebelum pandemik Covid-19.

“Kita juga boleh tahu permintaan dan jualan kereta terpakai naik apabila pembeli terpaksa menunggu giliran sehingga dua hari bagi pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) apabila kereta mahu dijual.

Khairil Anwar Jaafar
Khairil Anwar Jaafar

“Ada yang menggunakan wang skim pemberhentian secara sukarela (VSS) bagi membeli kereta untuk menjana pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Jualan kereta naik mendadak

Insentif, model baharu dorong belian kereta

Beliau juga mengakui menjelang musim perayaan menyebabkan jualan kereta meningkat.

Katanya, ramai beralih kepada kereta terpakai disebabkan terpaksa menunggu lama bagi tempahan kereta baharu.

“Musim perayaan ramai yang tukar kereta keluarga. Jika mereka beli kereta baharu, kena tunggu lama.

“Ada yang terpaksa tunggu giliran selama tiga hingga enam bulan kerana pengeluaran kereta baharu agak perlahan disebabkan Covid-19,” katanya.